Perbincangan Bersama Pihak Grab

JOHOR BAHRU 19 Jun–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan perbincangan bersama pihak Grab bagi meneroka pelbagai inisiatif kerjasama strategik yang mampu memperkukuh sektor pelancongan dan pengangkutan Johor, terutamanya menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Menerusi pertemuan ini, antara agenda utama yang dibincangkan termasuk kemas kini berhubung Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan (Cross Border Travel Agreement), serta cadangan kolaborasi bersama Tourism Johor bagi menjayakan kempen Visit Johor 2026 secara lebih menyeluruh dan inklusif.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79