Sembah Taklimat

SEREMBAN 17 Jun–Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagi sembah taklimat mengenai pencapaian dan agenda reformasi undang-undang dan institusi di sini hari ini.
Sesi menghadap bersama DYMM Tuanku telah berlangsung selama hampir sejam di Istana Hinggap Seremban dan turut disertai oleh Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Datuk Zamri Misman.