Hargai Khidmat Duta Besar Hungary Dan Duta Besar Austria Di Malaysia

KUALA LUMPUR 13 JUN — Timbalan Menteri Luar Neger merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohamad Alamin menghoskan satu jamuan perpisahan bagi menghargai PYT. Dr. Petra Ponevacs-Pana, Duta Besar Hungary, dan TYT. Andreas Launer, Duta Besar Austria, yang akan menamatkan tugas rasmi mereka di Malaysia. Terima kasih atas segala sumbangan dalam mengukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama erat yang telah terjalin sepanjang tempoh perkhidmatan.