Perasmian Sambungan Jalan di Lebuh Raya Pesisir Pantai

KOTA LAKSAMANA 13 JUN — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyaksikan Perasmian Sambungan Jalan di Lebuh Raya Pesisir Pantai yang menghubungkan Jalan Kota Syahbandar ke Taman Straits Courtyard merangkumi pembinaan jalan 4 lorong 2 hala sepanjang 440 meter semalam. Pelaksanaan projek bernilai RM3.03 juta ini diuruskan oleh Tetuan Parkland Avenue sebagai kontraktor utama dan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya sebagai agensi penyelenggara. Sementara, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berperanan memantau serta mengurus bayaran balik kos pembinaan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79