Majlis Syarahan Umum

LONDON, 3 Jun — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Syarahan Umum berkenaan “Hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)“ di University College London (UCL), Isnin.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar (lima, kiri) dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (empat, kanan).
Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan rakan industri antarabangsa, termasuk dari UK untuk membangunkan hab pensijilan dan kecemerlangan TVET yang diiktiraf pada peringkat serantau.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79