Permulaan Lawatan Kerja Rasmi

LONDON, 2 Jun — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di London malam tadi, menandakan permulaan lawatan kerja rasmi selama empat hari ke United Kingdom (UK).
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Heathrow kira-kira 8.30 malam waktu tempatan disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar (kiri) bersama pegawai-pegawai kanan kedutaan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79