Mengadakan Pertemuan Strategik

KUALA LUMPUR 26 Mei–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan strategik bersama Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia Bapak Haikal Hassan Baras bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.
Pertemuan ini merupakan kesinambungan daripada lawatan rasmi saya ke Indonesia baru-baru ini – yang menjadi titik tolak kepada kerjasama baharu yang lebih mendalam antara Malaysia dan Indonesia dalam menerajui pembangunan industri halal serantau.