Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-GCC

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Jasem Mohamed AlBudaiwi, semasa majlis menandatangani dokumen penyerahan Penyata Bersama Pelancaran rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-GCC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.