Upacara Mengangkat Sumpah

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (tengah) ketika sesi bergambar selepas menyaksikan upacara mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang dijawatkan kepada Ketua Wanita UMNO Negeri Pahang, Norhasmimi Abdul Ghani (kanan) dan Ketua Umum Penyelaras Pembangunan Masyarakat Asli Pahang (PEPIMA) Shahrol Wizan Sulong (kiri) berlangsung di hadapan di Bangunan Parlimen hari ini.
Jawatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa 13 Mei 2025 sehingga 12 Mei 2028.

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Ketua Wanita UMNO Negeri Pahang, Norhasmimi Abdul Ghani (kanan) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi tempoh sepenggal berkuat kuasa 13 Mei 2025 sehingga 12 Mei 2028.
Upacara mengangkat sumpah jawatan berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Bangunan Parlimen hari ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79