Tahlil Khas Sempena Hari UMNO Dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Ahli-ahli UMNO mengaminkan bacaan doa semasa Majlis Tahlil Khas sempena Hari UMNO dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia kelima dan Presiden UMNO keenam pada Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU) kali pertama hari ini.