Menyaksikan Pertukaran Memorandum Persefahaman

MELAKA 8 Mei–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyaksikan Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Melaka – MCORP dan World Economic Council (WEC) dalam usaha kerajaan negeri mempromosikan German Technology Park (GTP).
Kejayaan syarikat dari Jerman yang melabur di Melaka selama lebih 50 tahun menjadi asas dan daya tahan bagi menarik lebih ramai pelabur baharu ke negeri ini. GTP juga adalah satu-satunya kawasan industri Jerman yang diwujudkan di rantau ini.