Merasmikan Karnival TVET Dan Kerjaya Parlimen Kulai 2025

KULAI 3 Mei–Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor merasmikan Karnival TVET & Kerjaya Parlimen Kulai 2025 bertempat di Dewan Raya Putra, Bandar Putra Kulai — satu inisiatif yang cukup bermakna dalam membina masa depan anak-anak Johor yang mahir, berdaya saing dan berwawasan.
Karnival ini menghimpunkan lebih 1500 peserta terdiri daripada pelajar, belia, lepasan SPM serta masyarakat umum yang hadir mendapatkan maklumat dan peluang kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).