Mengadakan Pertemuan Dengan TalentCorp

KUALA LUMPUR 29 April–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan TalentCorp, sebuah agensi nasional di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diketuai oleh En. Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Wisma Pertahanan.
TalentCorp adalah sebuah agensi yang diberi mandat memacu strategi negara menjadi hab bakat yang dinamik. Ia turut berperanan dalam menarik, memupuk dan mengekalkan bakat terbaik untuk memacu pertumbuhan negara.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit