Pengundi Semenyih Keluarlah Pagi Esok, Undi BN Sebagai Referendum Rakyat
SEMENYIH, 1 Mac – Rakyat Semenyih di minta keluar mengundi esok dengan memilih Barisan Nasional (BN bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini sebagai satu referendum menyatakan rakyat di Selangor terutamanya di Semenyih tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, kemenangan BN penting untuk membawa suara rakyat kerana kerajaan yang kuat tidak akan mengambil masalah-masalah rakyat untuk diselesaikan sebaliknya, terpulang kepada mereka nak buat apa mereka suka.
“Rakyat perlu memberi signal bahawa masyarakat tidak begitu selesa dengan PH, rakyat sudah rasa resah gelisah dan inilah referendum supaya kerajaan jangan ambil mudah tentang keadaan rakyat.
“Rakyat terbeban, keadaan ekonomi teruk, banyak yang hilang kerja, banyak yang hilang pendapatan yang mana ini melibatkan orang dari golongan di bawah B40,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Diskusi N24 Semenyih bertajuk ‘Mesej Buat Pengundi Semenyih’ yang disiarkan menerusi Facebook UMNO Online, malam ini.
Jelas beliau, PH lebih teruk dari BN yang dituduh dengan macam-macam perkara malah PH tidak melaksanakan apa yang dijanjikan.
“Dia cakap tak serupa bikin, janji dulu tidak ada pelantikan GLC kepada orang politik… yang paling teruk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dan orang paling marah ada ahli politik Dap (di dalamnya), kita tahu siapa Dap, apa pegangan Dap yang tidak mahu memperakui agama Islam sebagai agama rasmi… apakah kewajarannya dilantik dalam YADIM… dan juga Menteri Pelajaran melantik diri sendiri dalam UIA.
“Kata dulang paku serpih kata orang dia yang teruk… rakyat boleh menilai terutamanya pengundi di Semenyih.
Reaksi orang ramai terhadap situasi ini amat berbeza jika dibandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana kalau dulu orang marah dengan BN, sekarang ini mereka tanya bila nak PRU 15.”
Tegas beliau, Selangor di bawah PH selama tiga penggal, namun seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa.
“Seolah-olah tak buat kerja dan masih lagi cuba memperdayakan orang, contohnya tol dihapuskan dari jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi, siapa nak lalu pada waktu itu, kalau nak bagilah pukul 5.00 pagi hingga 8.00 pagi baru dapat ‘benefit’.
“Menteri Kewangan kata tidak ada duit bahkan banyak bantuan-bantuan dipotong… kita tahu silap dia tapi tidak mengaku kerana memberhentikan GST kerana GST tiada wang tunai dalam akaun kerajaan dan nak menunggu SST lama… SST tidak mendapat apa yang sama dengan GST.
“Kalau tidak ada duit kenapa nak hapuskan tol dan ‘bail out’ Gamuda 5 bilion… lebih baik bagi pada peneroka-peneroka.”
Bidasnya, kalau nak ‘bail out’ ini kena buat pinjaman maka apakah keutamaan padahal Gamuda tidak bayar apa-apa.
“Saya rasa ada sesuatu yang tak kena di sini kerana jalan yang di urus oleh Gamuda ditahap kelas ‘F’.
“Pemegang konsensi harus menaik taraf dalam perjanjian mereka bila sampai taraf ‘C’. Kerajaan menyelamatkan Gamuda kerana Gamuda terpaksa berbelanja banyak wang untuk menaik taraf jalan. Kenapa kerajaan buat itu?” soal beliau lagi.
Berkaitan dengan kempen yang dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari, beliau gembira kerana sewaktu kempen suasana di Semenyih amat meriah, ceria dan senang hati.
“Alhamdulillah… aturcara yang kita susun, ceramah kecil-kecilan, Wanita, Pemuda dan Puteri pergi ke rumah-rumah, setiap hari kita akan berkumpul dan mencari maklumat dan apa-apa isu akan diatasi segera terutama dari segi gerak kerja jentera
“Jentera kita dah padu… bersemangat dan respon pengundi serta orang tempatan amat mesra sekali. Kemesraan orang ramai dan pengundi kepada kita seolah-seolah kita tidak jual‘product’ tapi dia datang ke ‘show room’ kita, orang datang melihat dan bertanya khabar, syukur Alhamdulillah keadaan di Cameron Highlands kita dapat terjemahkan di Semenyih.
“Pengundi Semenyih akan diberi peluang untuk membawa suara rakyat ke dalam DUN Selangor, insya-Allah,” yakin beliau lagi. – MediaUMNO