Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Berjemaah Bersama Warga Tentera Udara Diraja Malaysia

SENDAYAN 13 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan sumbangan semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah bersama warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pusat Islam Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan.
Kementerian Pertahanan melalui Yayasan LTAT menyumbang sejumlah RM32,400 kepada TUDM untuk program Simpanan Pendidikan MADANI. Seramai 648 anak TUDM berumur 7 tahun akan menerima RM50 bagi pembukaan akaun SSPN.