Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan Dan Berbuka Puasa Parlimen Tangga Batu

MELAKA, 13 Mac — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al-Ukhwah Pokok Asam Datuk Isnin Aman (kanan) pada Majlis Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Parlimen Tangga Batu di sini hari ini.
Turut hadir Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin (dua, kiri).