Wanita UMNO Mengagihkan Bubur Lambuk

KUALA LUMPUR 13 Mac–Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad semasa hadir ke program memasak dan mengagihkan bubur lambuk yang diadakan di perkarangan WTCKL, Aras 2 hari ini.
Sekretariat Kebajikan Wanita UMNO Malaysia dengan kerjasama World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi rezeki. Bersama kepimpinan Wanita UMNO Malaysia dan pihak WTC KL dapat mengagihkan 2,000 Bubur Lambuk kepada warga kerja UMNO, WTCKL dan orang awam di sekitar kawasan WTCKL ini.