Pertemuan Dengan Speaker House of Commons (Dewan Rakyat) United Kingdom

LONDON 11 Mac– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan delegasi telah diraikan dalam satu pertemuan dengan Speaker House of Commons (Dewan Rakyat) United Kingdom, The Rt. Hon. Sir Lindsay Hoyle. Selain YB Tuan William, YB Tuan Khoo, YB Dato’ Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan YB Senator Puan Rita Sarimah, pertemuan ini turut disertai oleh YB Tuan Wong Chen, Ahli Parlimen Subang.
Pertemuan ini merupakan kunjungan balas selepas lawatan beliau ke Parlimen Malaysia pada 19 Februari yang lalu. Kami telah mengadakan perbincangan lanjutan serta bertukar-tukar pandangan mengenai bidang utama reformasi parlimen termasuk peranan jawatankuasa pilihan dan sistem sokongan mereka dalam meningkatkan fungsi parlimen.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit