Kunjungan Duta Besar Belanda

PUTRAJAYA 12 Mac– Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan Duta Besar Belanda TYT Jacques Werner untuk perbincangan produktif mengenai komitmen kukuh Malaysia terhadap pematuhan EUDR. Beliau menekankan keperluan untuk mengiktiraf Malaysia sebagai penanda aras dalam pematuhan EUDR, berdasarkan pendirian tegas kita terhadap sifar penebangan hutan, sistem kebolehkesanan yang kukuh, serta komitmen dalam membimbing pekebun kecil ke arah pengeluaran lestari.