Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Durian Hijau

JERANTUT 11 Mac–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Baharu Kampung Durian Hijau, Jerantut dan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama rakyat jelata. Turut hadir Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.