Lawatan Kajian Empirikal Pengasingan Peranan Peguam Negara Dan Pendakwa Raya

LONDON 10 Mac– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bersama delegasi Malaysia kini berada di London, United Kingdom dalam siri akhir lawatan kajian empirikal pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Delegasi ini terdiri daripada Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia, Yang Berhormat Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, Ahli Parlimen Besut yang mewakili blok pembangkang, YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka dan YB Senator Puan Rita Sarimah anak Patrick Sinol, Ahli Dewan Negara.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit