Menyerahkan Bantuan Wang Ehsan Kerajaan Negeri

LIPIS 9 Mac–Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan Bantuan Wang Ehsan Kerajaan Negeri kepada 30 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dalam kejadian banjir yang berlaku hujung tahun lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000 pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Lubuk Kulit di masjid kampung berkenaan.