Bergambar Bersama Para Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan bergambar bersama para penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit