Mengadakan Kunjungan Hormat

SHAH ALAM 7 Mac–Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan kunjung hormat ke atas rakan sejawat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Seterusnya bersama pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Pahang mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor mengenai Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor (PPAMPS).