Singgah Di Bazar Ramadan Taman Dahlia

JOHOR BAHRU 6 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Gahzi berkesempatan membeli juadah di Bazar Ramadan Taman Dahlia bersama anak-anak TBQ Amal di sini hari ini.    
Sebagai tanda sokongan kepada usahawan kecil dan ekonomi tempatan, Kerajaan Negeri melalui 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah meluluskan sebanyak 200 lokasi bazar Ramadan dengan 11,202 petak niaga di seluruh Johor. Selain itu, 28 Bazar Aidilfitri dengan 1,555 petak niaga turut disediakan bagi memenuhi keperluan rakyat menjelang Syawal.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit