Berbuka Puasa Bersama Warga Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR 5 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menyampaikan sumbangan semasa hadir berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertahanan di Dewan Seroja, Kem Kementah.
Salah satu pengisian majlis ini adalah penyampaian sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada 30 orang warga dan waris anggota TDM, TLDM dan TUDM yang mengalami sakit kritikal.