Kunjungan Hormat Daripada Presiden Kongres India Muslim Malaysia

MELAKA 5 Mac–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Datuk Seri Hj Syed Ibrahim Kader bersama delegasi beliau di Seri Negeri hari ini.
Semoga pertemuan ini terus mempererat ukhuwah antara Kerajaan Negeri Melaka dan KIMMA dalam usaha memperkasa komuniti India Muslim serta menyokong agenda pembangunan negeri.