Makan Malam Sempena Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31

KOTA TINGGI 2 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru, Johor.
Kehadiran lebih 400 delegasi dari 10 negara ASEAN dan Timor Leste, termasuk Menteri-Menteri Ekonomi, Timbalan Menteri, dan pegawai kanan, membuktikan kepercayaan rantau ini terhadap Johor sebagai enjin pertumbuhan baharu dalam ekonomi ASEAN.
