Melawat “Aircraft Carrier” Tentera Laut Perancis

KUALA LUMPUR 3 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan ke “aircraft carrier” Tentera Laut Perancis, Charles de Gaulle (CDG) dan menerima taklimat terperinci mengenai kapal tersebut dan operasinya oleh Rear Admiral Jacques Mallard.
Kapal CDG ini menempatkan, antara lain, pesawat pejuang Rafale dan pesawat Hawkeye, serta diiringi kapal-kapal pendamping seperti “destroyers” dan “supply ship”. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam Hj Jaffar, Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, Timb. Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan Aris yang mewakili Panglima Tentera Udara.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79