Inisiatif Makmur Pahang

ROMPIN 27 Feb — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan simbolik cek sumbangan berkaitan Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) 2025. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kepada 400 anak yatim berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dengan nilai keseleruhan sebanyak RM100,000. Beliau turut menyerahkan sumbangan Zakat Wakalah Kerajaan Negeri Pahang kepada Masjid-Masjid, Pejabat-Pejabat Agama Islam Daerah dan Guru Al-Quran Asrama Negeri Pahang sebanyak RM665,000 di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Rompin semalam.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79