Ucaptama Perasmian Palm & Lauric Oils Price Outlook Conference (POC2025)

KUALA LUMPUR 26 Feb — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merasmikan Palm & Lauric Oils Price Outlook Conference (POC2025) edisi ke-36 di Kuala Lumpur, anjuran Bursa Malaysia. Sebagai salah satu pengeluar minyak sawit terbesar dunia, Malaysia terus komited dalam memastikan industri ini kukuh, lestari, dan berdaya saing.