Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2025

REMBAU 24 Feb — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2025 Kepada Masjid & Surau Dalam DUN Kota dan Chembong di Dewan IPD Rembau.
Sebanyak 18 buah masjid dan 58 surau dalam DUN Chembong telah menerima sumbangan hari ini. Manakala 24 masjid dan 71 surau pula dari DUN Kota menerima sumbangan sama.