Penyerahan Kunci Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin

JELEBU 21 Feb–Exco Kanan Datuk Seri Jalaludin Alias yang juga Ahli Parlimen Jelebu menyerahkan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jelebu kepada penerima yang layak di sini hari ini. Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat.