Syabas Dan Tahniah

JOHOR BAHRU 17 Feb — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudara Muhammad Farkhan Haron atas kejayaan mempertahankan tali pinggang kejuaraan WBC Asia Bridgerweight selepas menewaskan peninju dari India, Jaskaran Singh. Kejayaan ini bukan hanya menggembirakan peminat sukan tinju, tetapi juga menjadi satu pencapaian yang membanggakan buat Johor.