Mengadakan Kunjungan Hormat

KUALA LUMPUR 6 Feb–Menteri Besar Johor Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Kerajaan Negeri Johor mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi di sini hari ini. Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya atas keprihatinan meluluskan peruntukan signifikan berjumlah RM263 juta bagi tahun 2025 untuk negeri Johor.