Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 Parlimen Masjid Tanah

MASJID TANAH 17 Jan–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka menyantuni 175 orang penerima pada Program Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 Parlimen Masjid Tanah.
Program yang berlangsung di SK Othman Shawal bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) ini turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Hajah Kalsom Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB Datuk Hj. Hameed Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam, dan Pengangkutan Negeri; YB Datuk Rosli Abdullah-ADUN Kuala Linggi, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; dan YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79