Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (belakang dua kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali (depan kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Mohamad Khairul Anuar Mohamed (depan kanan) pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Turut serta Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (belakang kiri), Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman (belakang dua, kanan) dan Ketua Staff Tentera Darat (KSTD) merangkap Pengerusi Koperasi Tentera Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan (belakang kanan).

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kiri) dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (dua, kanan) ketika sesi bergambar selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali (kanan).

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) hadir pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua kanan) ketika lafaz ikrar pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.