KUWAIT 9 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber, yang antara lain menempatkan Skuadron 9, skuadron yang bertanggungjawab mengendalikan pesawat tempur jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF).
Delegasi Malaysia telah disambut oleh Mejar Jeneral Sheikh Sabah Jaber Al-Ahmad Al-Sabah, Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Kuwait yang juga merupakan Komandan Tentera Udara Kuwait.