JOHOR BAHRU 28 Ogos–Menteri Besar Perak Datuk Onn Hafiz Ghazi hadir ke Majlis Penyerahan Geran Keseimbangan Negeri Johor Tahun 2024.
Menerusi Belanjawan Johor 2024, Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan bagi Geran Keseimbangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sebanyak RM17.2 juta ini akan diagihkan kepada sembilan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih di Negeri Johor.