BANDAR SERI BEGAWAN 11 Ogos–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Brunei Darussalam bagi lawatan kerja bermula hari ini hingga esok.
Lawatan ini bersempena dengan Mesyuarat ke-25 Pelaksanaan Exchange of Letters (EOL-25) pada 12 Ogos 2024 yang akan saya pengerusikan bersama rakan sejawat dari Brunei, YB Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.