Menerima Kunci Blok B Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah

KUANTAN 31 Julai–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima kunci Blok B, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) daripada YH Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur sebelum memulakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri di Wisma Sri Pahang hari ini.
PPSAS akan menjadi pusat pentadbiran baharu Negeri Pahang yang menggantikan Wisma Sri Pahang yang sudah menjangkau usia 50 tahun.

KUANTAN 31 Julai–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri di Wisma Sri Pahang hari ini.