KUALA LUMPUR 19 JULAI – Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Lawatan dimulakan dengan taklimat berkenaan cadangan pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) oleh Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.