Ketuai Delegasi Ke India

NEW DELHI 19 JULAI — Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi kementerian dalam Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India di New Delhi. Perjumpaan pertama adalah sebuah perjumpaan penting bersama pemain industri pemprosesan minyak sawit terbesar di India iaitu syarikat konglomerat Adani Wilmar Ltd yang merupakan sebuah syarikat FMCG (fast-moving consumer goods) yang menawarkan pelbagai produk penting dapur untuk pengguna di India.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.