KOTA TINGGI, 17 Julai — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi menyampaikan replika cek peruntukan pembaikan rumah kepada Natinah Mustajab dari Kampung Singapura, Tanjung Sedili pada Majlis Pelancaran Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan 2024 Peringkat Negeri Johor di Kampung Bukit Sedili Besar, Kota Tinggi hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili, Muszaide Makmor (dua, kiri) dan Ketua Jurutera Rejimen Diraja Brigedier Jeneral Sharuddin Mohd Noh (kiri).
KOTA TINGGI, 17 Julai — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi bergambar bersama-sama penerima peruntukan pembaikan rumah pada Majlis Pelancaran Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan 2024 Peringkat Negeri Johor di Kampung Bukit Sedili Besar, Kota Tinggi hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undang Negeri Sedili, Muszaide Makmor (empat, kiri), Ketua Jurutera Rejimen Diraja Brigedier Jeneral Sharuddin Mohd Noh (tiga, kiri) dan Penglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad (tiga kanan, belakang).