MELBOURNE, 4 Mac — Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia sempena lawatan beliau ke Australia selama empat hari, pada Isnin.
Turut hadir Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.