KUALA LUMPUR 29 Feb– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerima kehadiran lebih 40 orang Mahasiswa/Mahasiswi dari Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) sewaktu lawatan mereka ke Bangunan Parlimen Malaysia pada hari ini. GAJ merupakan organisasi induk yang menggabungkan seluruh organisasi kemahasiswaan bagi pelajar kelahiran Johor di Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara.
Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa dengan fungsi institusi Parlimen Malaysia sebagai badan penggubal undang-undang serta memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri pengalaman melihat secara langsung persidangan Parlimen dalam usaha untuk membudayakan proses demokrasi di kalangan mahasiswa.