Mengadakan Pertemuan Bersama Presiden Universiti Yarmouk

JORDAN 26 Feb–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama delegasi Kerajaan Negeri Pahang mengadakan pertemuan bersama Presiden Universiti Yarmouk Prof. Dr Islam Massad, Dekan Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Prof Dr Mohamad Talafhah dan Pengarah Pusat Bahasa Universiti Yarmouk Prof Dr Rasha Abdouh di sini hari ini.
Pertemuan ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Pahang dan Universiti Yarmouk terutamanya dalam meneroka pelbagai peluang dalam bidang pendidikan terutama melibatkan pelajar Pahang di universiti tersebut.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.