OSAKA, 22 Feb — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Halal Development Corporation Berhad (HDC), Nippon Express dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) di sini.
Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari (dua, kiri) bersama Timbalan Pengarah Urusan AEON Co. (M) BHD Tsugutoshi Seko (dua, kanan).
OSAKA, 22 Feb — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Sesi Meja Bulat: ‘Menghubungkan Ekosistem Halal Di Antara Malaysia dan Jepun Bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti’ di sini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan), Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani (dua, kanan) serta Pengerusi Halal Development Corporation Berhad Khairul Azwan Harun (tiga, kiri).
OSAKA, 22 Feb — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Sesi Meja Bulat Halal: ‘Menghubungkan Ekosistem Halal Di Antara Malaysia dan Jepun Bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti’ di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani serta Pengerusi Halal Development Corporation Berhad Khairul Azwan Harun.