KUALA LUMPUR, 19 Feb — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif ketika menerima menghadap ahli-ahli pesuruhjaya itu di Istana Negara, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (lima, kanan).