PUTRAJAYA 15 Feb–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan satu perbincangan bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad untuk memastikan produk-produk komoditi Malaysia yang dieksport ke luar negara tidak terjejas akibat daripada regulasi ‘European Union Deforestation Regulation’ (EUDR) atau dikenali sebagai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan-EU.